Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)

September 2nd, 2008 by hidayah-fara

                                                       www.iluvislam.com
                                                   
oleh : ummukhadijah



“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon.
Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis.
“Ummi, Aisyah sedih,” katanya.
Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis.
“Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya.

“Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah.
Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya.
“Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan
yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku.

“Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah
seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya.
“Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar
esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah
terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu.
“Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal
selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap,
yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih
ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku.

“Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah
malu.”
“Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu
kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat,
buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan
Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita
gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab
soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah.
Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam
diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita
selepas kita dah berusaha dan bertawakal.

Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan
apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku.
“Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah
rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya.
“Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak
pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak
nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap
seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang
berputus asa,” pesanku.
“Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi..
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….”
(Al-Baqarah : 286)

“Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia
tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah,
yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini,
kata-kata dari pencipta kita.,” katanya.

“Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,”
katanya.
“Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa
yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori
bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu.
Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya
susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni
ganjarannya tinggi di sisi Allah.”

“Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah
padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah
yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya
orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya,
Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi
Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah
s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah
sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab
Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat
Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.”

“Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk
lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita
sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala
kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak.
Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan
pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang
pastinya lebih mencabar kelak.”

“Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya.
“Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar
untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang
Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan
terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada
rahmat dan kekuasaan Allah.”
“Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang
ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku.

“Kenapa ummi?” tanyanya berminat.

“Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk
bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera
yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah.
“Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai
pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan
kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku.

“Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah
yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam
diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan
sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam
kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin
Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada
Allah,” jawabnya.

“Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang
dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun
yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.”
kataku.

“Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya.

“Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku.

“Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi,
Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap
betul-betul pada Allah.” janjinya.

“Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku.
“Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku.
Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang,
teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan
perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari
ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…

Bookmark and Share

Nukilan buatmu sahabatku

July 29th, 2008 by hidayah-fara

Assalamualaikum sahabatkku,

Andai nukilan ini mengganggu hidupmu,

Seribu kemaafa ku pinta darimu,

Sahabat,

Agak lama kita tidak berhubungan,

Ku harapkan agar dirimu gembira dan bahagai disana,

Sekarang masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri,

Ada antara kita sibuk dengan stdy,ada antara kita sibuk dgn alam pekerjaan,

Namun sahbat,

Dlama kesibukan kita,

Jgnlah kita sibukkan diri utk bertemu dengan Maha Pencipta,

Jangn kita mencipta alas an kesibukn kita menjadi penghalang utk kita sujud kepadaNya di malam hening,

Sahabat bukan niatku utk mengajari,

Tidak sahabat,

Kerna diriku ini sendri hanyut mencr diri,

Solat malam bukn pakaianku lagi,

Solat di awal waktu juga bukn rutinku lg,

Puasa sunat jauh skali,

Kenapa berbeza sudah diri ini,

Ku sendiri masih tercari2,

Entahlah sahabt terlalu bnyk  perkara perlu difikiri

Kdg kala lemas kurasai,

Tp tetap yakin Allah sentiasa disisi,

Cuba kembali mengubah diri,

Shabat,nukilan ini bukn utk meleteri

Ia sekadar utk ingat mngingati,

Sahabt, bagaimana dirimu di sana,

Adakah dirimu juga sepertiku?

Kurasakan tidahk,,

Kerna ku tahu pegangan agamamu begitu kuat,

Ku tahu engkau tidak akan mudah hanyut dalam arus kehidupan,

Tahniah sahabat,

Kudoakan kejayaanmu dunia akhirat

Kuyakin engkau mampu memikul tanggungjawab sebagai sbg seorg pemuda Islam yang Berjaya,

Kuyakin kau mampu memikul tanggungjwb sbg seorg anak,abg,adik dan sahabat yang Berjaya,

Amin sahabat,

Sahabat andai ini nukilan terakhir utkmu,

Ingin ku pohon seribu satu kemaafan,

Bukan kumahukan ini terjadi,

Tapi masa dan keadaan yg mengadili,

Sahabat,

Ungkapan terima kasih kerna menjd seorg sahabat yg benar2 sahabat,

Bangga diri ini mempunyai sahabat sepertimu,

Sahabat seribu kemaafan kupinta andai ada tersalah budi bicara dan perlakuan yg mengguris hatimu,

Sahabat ,

SZeorg sahabat adlh seorg yg memahami sahabatnya,

Seorg sahabat adalh seorg yg bertny jika ada sebrg kekeliruan tntg shbtnya,

Seorg shbt tdk akan mendgr dr mulut org lain perihal sahabnya selagi dia tdk menanyakan sendri dr sahabtnya

Seorg sahbat sentiasa menegur sahabatnya jk ada yg kesalahannya,

iTulah indahnya persahabatn,

Persahabatn yg disulami dengan nur Islam,

Sahabat setakat ini nukilanku,

Kudoakan agar dirimu bahgia dibawah payung Ilahi,

Bertemu kita lagi jika itu perancangan Ilahi,

Doakanlah agar kejayaan akhirat dan dunia kita miliki,

Sama2 kita mengubah diri,

Ingin kutahu kau mengerti ku amat menghargai persahabatn ini,

Jaga diri hiasi peribadi,

Sama2 kita amalkan hidup Islam yang hakiki..

P/S: Walau apa pun terjadi,Allah sentiasa disisi….

Bookmark and Share

Kerana dia manusia biasa

July 22nd, 2008 by hidayah-fara
Kerana Dia Manusia Biasa


www.iluvislam.com
 
diedit oleh : everjihad
 

 


Email ini dipetik
daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan
untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang
melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan
buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera
rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada
sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa
kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah
jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati
saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari
salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh
ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia
seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis
wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki
membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah,
saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya
berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya
menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon
cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan
dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia
begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang
istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang,
saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya
mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk
meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk
menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam
kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya.
Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam
sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk
persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami
ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan.
Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya
mengetuk pintu, meminta kami tidur.

 

 

"Aku tak boleh tidur." Dia
memandang saya dengan wajah bersahaja.

 

Saya faham keadaanya ketika ini.

 

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

 

"Ya..
ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang
samar.

 

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah
lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu
dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran.
Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya
terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa
kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil
meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja
hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone
dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu
menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat
syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa
mengerti.

 

Eeh…, dia malah
ketawa geli hati.

 

"Buka aja."

 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih
bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

 

Saya
menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

 
Sementara dia
cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat
diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan
kata-katanya. Begini isi surat itu……..

 

 

************ ********* *******
 

Kepada ……
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon
kakak buat adik-adik saya Assalamu’alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak
berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan
dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang
bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan
siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang
pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri
dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu
apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap
berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya
hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya
menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan
mengendalikan kelebihan saya. Saya
hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya
menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar
menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai
mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha
sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda?
Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah
sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya
tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk
menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari
sekarang ini. Saya memohon anda
sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima
1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh
ini. Amin Wassalamu’alaikum Wr Wb
 

 

 
 


************
********* *********

 

Saya memandang surat
itu lama. Berkali-kali saya
membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah. Sederhana,
jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang
berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia
menatap saya dengan senyum tertahan.

 

 

 

"Kenapa kamu
memilih dia…..?"

 

 

 

"Kerana dia
manusia biasa……." Dia menjawab mantap.

 

 

 

"Dia sedar
bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang
aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya
dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah
kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

 

 

 

"Maksudnya?"

 

 

 

"Dunia ini
fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik
kita. Betul tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi
miskin. "

 

 

 

Ssttt….."Saya
menutup mulutnya.

 

Khuatir kalu ada
yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara
jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak
sambil menutup mulut masing-masing.

 

 

 

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku
pula yang dimarahi Mama."

 

Kami kembali
berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih
terngiang terus ditelinga saya.

 

 

 

"Gik…..?"
"Tidur…..Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

 
Saya ingin dia tidur,
agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang,
rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan
saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

 

 

 

 

Sedar bahawa
ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah
pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak
ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu
menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah
‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta,
takhta dan ‘nama’. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku
anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri
bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana
Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang
membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu
menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala
urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh
memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah
pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk
menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu
proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar
cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang
suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan
suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi
cinta yang luar biasa. Amin.

 

 

Wallahu ‘alam.

Bookmark and Share

What is true love???

March 27th, 2008 by hidayah-fara

A Simple Story of True Love and True Care

         
——————————————————–

           I was born in a
secluded village on a mountain.
           Day by day, my
parents plowed the yellow dry soil with their
           backs towards the
sky.

           I have a brother
who is 3 years younger than me.
           I wanted to buy a
handkerchief, which all girls around me
           seemed to have.
So, one day I stole 50 cents from my father’s
           drawer. Father had
discovered about the stolen money right
           away.

           He made me and my
younger brother kneel against the wall as he
           held a bamboo
stick in his hand.
           "Who stole
the money?" he asked.

           I was stunned, too
afraid to talk. Neither of us admitted to
           the fault,so he
said, "Fine, if nobody wants to admit, you two
           should be
beaten!" He lifted up the bamboo stick.

           Suddenly, my
younger brother gripped father’s hand and said,"
           Dad, I was the one
who did it!"

           The long stick
smacked my brother’s back repeatedly. Father was
           so angry that he
kept on whipping my brother until he lost his
           breath.

           After that, he sat
down on our stone bed and scolded my
           brother, "You
have learned to steal from your own house now.
           What other
embarrassing things will you be possibly doing in
           the future? You
should be beaten to death, you shameless
           thief!"

           That night, my
mother and I hugged my brother. His body was
           full of wounds
from the beating but he never shed a single
           tear.

           In the middle of
the night, all of sudden, I cried out loudly.
           My brother covered
my mouth with his little hand and said, "
           Sis, now don’t cry
anymore. Everything has happened."

           I still hate
myself for not having enough courage to admit what
           I did.

           Years gone by, but
the incident still seemed like it just
           happened
yesterday. I will never forget my brother’s expression
           when he protected
me.

           That year, my
brother was 8 years old and I was 11 years old.

         
———————————————————-

           When my brother
was in his last year of secondary school, he
           was accepted in an
upper secondary school in the central. At
           the same time, I
was accepted into a university in the
           province. That
night, father squatted in the yard, smoking,
           packet by packet.

           I could hear him
ask my mother, "Both of our children, they
           have good results?
very good results?"

           Mother wiped off
her tears and sighed," What is the use? How
           can we possibly
finance both of them?"

           At that time, my
brother walked out, he stood in front of
           father and said,
"Dad, I don’t want to continue my studies
           anymore, I have
read enough books."

           Father swung his
hand and slapped my brother on his face. "Why
           do you have a
spirit so damn weak? Even if it means I have to
           beg for money on
the streets, I will send you two to school
           until you have
both finished your studies."

           And then, he
started to knock on every house in the village to
           borrow money.

           I stuck out my
hand as gently as I can to my brother’s swollen
           face, and told
him, "A boy has to continue his studies; If not,
           he will not be
able to overcome this poverty we are
         
experiencing."

           I, on the other
hand, had decided to further my studies at the
           university. Nobody
knew that on the next day, before dawn, my
           brother left the
house with a few pieces of worn-out clothes
           and a few dry
beans. He sneaked to my side of the bed and left
           a note on my
pillow; "Sis, getting into a university is not
           easy. I will go
find a job and I will send money to you."

           I held the note
while sitting on my bed, and cried until I lost
           my voice.

           That year, my
brother was 17 years old; I was 20 years old.

         
———————————————————–

           With the money
father borrowed from the whole village, and the
           money my brother
earned from carrying cement on his back at a
           construction site,
finally, I managed to get to the third year
           of my studies in
the university.

           One day, while I
was studying in my room, my roommate came in
           and told me,
"There’s a villager waiting for you outside!"

           Why would there be
a villager looking for me? I walked out, and
           I saw my brother
from afar. His whole body was covered with
           dirt, dust, cement
and sand. I asked him, "Why did you not tell
           my roommate that
you are my brother?"

           He replied with a
smile," Look at my appearance. What will they
           think if they
would know that I am your brother? Won’t they
           laugh at
you?" I felt so touched, and tears filled my eyes. I
           swept away dirt
and dust from my brother’s body. And told him
           with a lump in my
throat, " I don’t care what people would say!
           You are my brother
no matter what your appearance is?"

           From his pocket,
he took out a butterfly hair clip. He put it
           on my hair and
said, "I saw all the girls in town are wearing
           it. So, I think
you should also have one."

           I could not hold
back myself anymore. I pulled my brother into
           my arms and cried.

           That year, my
brother was 20 years old; I was 23 years old.

         
———————————————————–

           I noticed that the
broken window was repaired the first time I
           brought my
boyfriend home. The house was scrubbed cleaned.

           After my boyfriend
left, I danced like a little girl in front
           of my mother,
"Mom, you didn’t have to spend so much time
           cleaning the
house!"

           But she told me
with a smile," It was your brother who went
           home early to clean
the house. Didn’t you see the wound on his
           hand? He hurt his
hand while he was replacing the window."

           I went into my
brother’s bedroom. Looking at his thin face, I
           felt like there
are hundreds of needle pricked in my heart.

           I applied some
ointment on his wound and put a bandag on it,
           "Does it
hurt? " I asked him.

           "No, it
doesn’t hurt. You know, when at the construction site,
           stones keep
falling on my feet. Even that could not stop me
           from
working."

           In the middle of
the sentence, he stopped. I turned my back on
           him and tears
rolled down my face.

           That year, my
brother was 23 years old; I was 26 years old.

           ———————————————————–

           After I got
married, I lived in the city. Many times my husband
           invited my parents
to come and live with us, but they didn’t
           want.

           They said, once
they left the village, they wouldn’t know what
           to do. My brother
agreed with them. He said, "Sis, you just
           take care of your
parents-in-law. I will take care of mom and
           dad here."

           My husband became
the director of his factory. We asked my
           brother to accept
the offer of being the manager in the
           maintenance
department. But my brother rejected the offer. He
           insisted on
working as a repairman instead for a start. One
           day, my brother
was on the top of a ladder repairing a cable,
           when he got
electrocuted, and was sent to the hospital.

           My husband and I
visited him at the hospital. Looking at the
           white gypsum on
his leg, I grumbled, "Why did you reject the
           offer of being a
manager? Managers won’t do something dangerous
           like that. Now
look at you, You are suffering a serious injury.
           Why didn’t you
just listen to us?"

           With a serious
expression on his face, he defended his
           decision,
"Think of brother-in-law. He just became the
           director, and I
being uneducated, and would become a manager,
           what kind of
rumors would fly around?"

           My husband’s eyes
filled up with tears, and then I said, "But
           you lack in
education only because of me!"

           "Why do you
talk about the past?" he said and then he held my
           hand.

           That year, he was
26 years old and I was 29 years old.

           ——————————————————–

           My brother was 30
years old when he married a farmer girl from
           the village.

           During the wedding
reception, the master of ceremonies asked
           him, "Who is
the one person you respect and love the most?"

           Without even
taking a time to think, he answered," My sister."
           He continued by
telling a story I could not even remember.

           "When I was
in primary school, the school was in a different
           village. Everyday,
my sister and I would walk for 2 hours to
           school and back
home. One day, I lost the other pair of my
           gloves. My sister
gave me one of hers. She wore only one glove
           and she had to walk
far. When we got home, her hands were
           trembling because
of the cold weather that she could not even
           hold her
chopsticks…"

           "From that
day on, I swore that as long as I live, I would take
           care of my sister and
will always be good to her."

           Applause filled up
the room. All guests turned their attention
           to me. I found it
hard to speak, "In my whole life, the one I
           would like to
thank most is my brother," And in this happy
           occasion, in front
of the crowd, tears were rolling down my
           face again.

           Love and care for
the one you love every single day of your
           life. You may
think what you did is just a small deed, but to
           that someone, it
may mean a lot.

           Have a nice day.
May this story inspire you in any way!

Bookmark and Share

Mahar Cinta

October 30th, 2007 by hidayah-fara

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan863635940m

Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu
Dapat melihat rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya

Bookmark and Share

Cinta Ilahi

October 30th, 2007 by hidayah-fara

481881867l
Biar Hati Menolak Cinta Insani..
Biar Badan Lesu Ditohmah Kata Keji..
Jangan Kau Menangis Wahai Mata Hati..
Menangislah Andai Cintamu Ditolak Ilahi..
Hidupkan Hatimu Dengan Redha Ilahi…

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

percayalah pada Allah…segala yang diwacanakan olehNya pasti berlaku.. -wardatun syauqah

Bookmark and Share

FEUWIT, CUNNYA!

October 30th, 2007 by hidayah-fara

1_577324696l_2
FEUWIT, CUNNYA!

sering kudengar,
usikan nakal,
lelaki pada wanita,

FEUWIT, CUNNYA!

buatku keliru sendiri,
apakah ertinya kecantikan wanita,
di mata lelaki?
adakah susuk tubuh yang menggiurkan?
atau pada akhlak yang manawan?
biar apa pun jawapannya,
aku tetap aku,
apa yang ku tahu,
aku seorang wanita,
fitrahku sukakan diri cantik jelita,
namun bukan kecantikan di mata manusia,
sebaliknya,
ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan

-monolog Layyinul Harir- 

Bookmark and Share

Hatiku Milikmu

October 30th, 2007 by hidayah-fara

HatSemakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

-Asiah YusroLove
-

Bookmark and Share

~~My Feeling~~

October 20th, 2007 by hidayah-fara

1_532193521l

I’m not good with words
There are things i wanna say
But i don’t know how
There are things i wanna say
But I fear negative responses
There are things i did say
But i said it not the way i wanna say it
And people misunderstood me
Or i regret my words
There are things i did say
But i get answers i don’t wanna hear
To questions i asked
To queries i made
I’m curious by nature
But fear rejection
And not good in with words
So naturally
There are things i wanna say
But i don’t know how
And i fear negative responses
And i don’t say it the way i wanna say it
And i regret it
And people misunderstood me
Today i just wanna say …………
Because i know this is what i wanna say
And i said it the way i wanna say it
I wouldn’t reget it
I wouldn’t here negative responses
You wouldn’t misunderstand my words
Because i’m really really sure
I wanna wish you
A very veryy ……..

Bookmark and Share

May 31st, 2007 by hidayah-fara

~~~@>JUST FOR YOU…—-<@ ~~~

17679853854421l

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Bookmark and Share